Johor Bahru, 10 Julai 2026 – YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Isteri kepada YAB Perdana Menteri, telah menyerikan Majlis Ramah Mesra Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dihadiri seramai 500 Sahabat Usahawan AIM dari Blok Puteri Wangsa dan Blok Kempas di Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM); serta barisan Pengurusan Tertinggi dan warga kerja AIM.
Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta menghargai peranan Sahabat Usahawan AIM yang telah bersama-sama mencorakkan kejayaan AIM selama ini.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI