Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

YAN - Prihatin dengan nasib yang menimpa Sahabat AIM yang sekali lagi diduga dengan kejadian kepala air di Sungai Titi Hayun pada 2 September lalu, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) dan Koperasi Kakitangan AIM turun menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban dialami mangsa.

Bantuan yang diberikan kali ini berupa makanan asas, telekung, sejadah, tasbih, peralatan memasak seperti periuk nasi, cerek elektrik dan kelengkapan diri.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Koop Sahabat, Norsharizal Mashahrin.

Turut bersama ialah Pengerusi Lembaga Koperasi Kakitangan AIM Berhad (KAIMB), Saad Ishak, Ahli Lembaga Koop Sahabat, Siti Hajar Ahmad, Ahli Lembaga Koop Kakitangan Norhaliza Dolah, Rosmawati Abd Rahman, Amir Hamzah Rahmat dan Pengurus Kanan Wilayah Kedah Selatan AIM, Puan Norhayati Husin.

Sebelum ini Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz telah menyampaikan sebanyak 200 bakul makanan AIM diberikan kepada 131 Sahabat yang terkesan dalam kejadian kepala air yang pertama di kawasan yang sama.

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021