SETIAWANGSA, 11 Jun – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Ampang telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) 2026 yang berlangsung di Dewan Komuniti Setiawangsa.
Bengkel ini melibatkan penyertaan kepimpinan Sahabat Usahawan AIM dari kawasan Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Najib Bin Haji Mohd Noor, Timbalan Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Noor Aeiza Binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM; Encik Norsharizal Bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan; Tuan Haji Jani Izwandy Bin Che Jan, Ketua Pegawai Operasi; serta Encik Mohamad Zulkahizam Bin Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkasakan peranan ketua-ketua serta barisan kepimpinan dalam kumpulan Sahabat Usahawan AIM.
Ia turut merangkumi perkongsian mengenai pencapaian pusat atau blok, isu-isu kritikal, penerangan pembiayaan dan Standard Operating Procedure (SOP) terkini serta sesi perbincangan pelan tindakan cawangan.
Bengkel ini diharap dapat melahirkan barisan kepimpinan Sahabat Usahawan AIM yang lebih berdaya saing, berintegriti dan mampu memainkan peranan sebagai penggerak komuniti dalam memperkasakan sosioekonomi keluarga serta masyarakat setempat.
#SKIMPADURIMADANI #NoOneLeftBehind #AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatUsahawanAIM #MalaysiaMADANI