Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

BATU PAHAT, 12 Jun – Seramai 702 peserta Sahabat Usahawan AIM Cawangan Batu Pahat telah menyertai Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) 2026 yang berlangsung di Dewan Darul Takzim, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading sebagai usaha memperkukuh kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi di peringkat kumpulan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Encik Mohd Najib turut merakamkan penghargaan atas pencapaian membanggakan AIM Cawangan Batu Pahat yang kini mempunyai 73 pusat aktif, melibatkan 3,328 Sahabat Usahawan.

Beliau turut memaklumkan, sehingga Mei 2026, sebanyak RM12.65 juta pembiayaan telah disalurkan sejak cawangan ini beroperasi sekali gus mencerminkan komitmen berterusan AIM dalam memperkasa usahawan mikro dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurusan Tertinggi AIM iaitu Encik Norsharizal bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat; Puan Hajah Ezatul Shareen binti Hamim, Pengarah Operasi Semenanjung; serta Encik Pakhruddin bin Hamzah, Pengurus Wilayah Johor AIM.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek kepimpinan termasuk peranan dan tanggungjawab pengurusi kumpulan, pengurusan isu di peringkat pusat dan blok, penerangan pembiayaan serta Standard Operating Procedure (SOP) terkini.

Penganjuran Bengkel Kepimpinan Asas ini diharap dapat melahirkan pemimpin kumpulan yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan serta mampu menjadi penggerak utama dalam memperkasakan Sahabat Usahawan AIM ke arah kecemerlangan yang berterusan.

#SKIMPADURIMADANI #NoOneLeftBehind #AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatUsahawanAIM #MalaysiaMADANI