JOHOR BAHRU, 13 Jun – Seramai lebih 600 kepimpinan Sahabat Usahawan AIM Cawangan Johor Bahru berhimpun dalam Majlis Perasmian Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru UDA, hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang, yang turut menzahirkan penghargaan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) atas komitmen berterusan dalam membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup melalui pembiayaan mikro dan pembangunan keusahawanan.
Beliau memaklumkan bahawa AIM Cawangan Johor Bahru kini mempunyai 9 blok operasi dengan 71 pusat aktif yang menghimpunkan seramai 2,882 Sahabat Usahawan. Bagi tahun 2026, cawangan ini menerima sasaran pembiayaan sebanyak RM31.33 juta, dan sehingga Mei 2026, sejumlah RM13.50 juta telah berjaya disalurkan menerusi 1,580 pembiayaan.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha AIM selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan pemerkasaan ekonomi rakyat, peningkatan taraf hidup serta pembangunan masyarakat yang lebih inklusif.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi AIM, Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan; Ketua Pegawai Maklumat AIM, Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin; Pengarah Bahagian Operasi Semenanjung AIM, Puan Hajah Ezatul Shareen binti Hamim; serta Pengurus Wilayah Johor, Encik Pakhruddin bin Hamzah bersama barisan pengurusan dan warga kerja AIM.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kepimpinan serta Sahabat Usahawan AIM Cawangan Johor Bahru yang terus komited memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi komuniti melalui keusahawanan.
#SKIMPADURIMADANI #NoOneLeftBehind #AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatUsahawanAIM #MalaysiaMADANI