KUALA LUMPUR, 15 Jun – Seramai 578 barisan kepimpinan pusat dan pengerusi kumpulan Sahabat Usahawan AIM dari Cawangan Bandar Tun Razak berhimpun dalam Majlis Perasmian Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) 2026 yang berlangsung di Dewan International Youth Centre (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan yang amanah, bertanggungjawab dan mampu menjadi ejen perubahan dalam memperkasa komuniti serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Cawangan Bandar Tun Razak kini mempunyai 8 blok operasi dengan 72 pusat aktif yang menghimpunkan seramai 2,721 Sahabat Usahawan. Sehingga Mei 2026, sebanyak RM13.12 juta telah disalurkan menerusi 1,754 pembiayaan, manakala jumlah pembiayaan kumulatif mencecah RM233.23 juta. Lebih membanggakan, cawangan ini turut mengekalkan pencapaian Zero PAR sehingga Mei 2026.
Turut hadir ialah Encik Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM; Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM; Encik Norsharizal bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan AIM; Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM; Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat AIM; serta Puan Hajah Ezatul Shareen binti Hamim, Pengarah Bahagian Operasi Semenanjung.
Semoga BKA 2026 terus menjadi platform memperkukuh kepimpinan Sahabat Usahawan AIM dalam melahirkan komuniti usahawan yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampu memacu pembangunan ekonomi rakyat.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI