Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

PETALING JAYA, 6 Jun –Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, meneruskan Siri 2 Lawatan Penjaja di Pasar Tani Kelana Jaya bagi meninjau perkembangan usahawan kecil dan sederhana serta mendengar sendiri pandangan komuniti peniaga.

Dalam lawatan, beliau bersama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza Hassan turut melawat gerai Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menjalankan perniagaan Char Kuey Teow, buah-buahan tempatan dan waffle.

Beliau sempat beramah mesra dengan Sahabat Usahawan AIM mengenai manfaat pembiayaan daripada AIM dan hasil perniagaan mereka.

Turut berlangsung sesi sarapan pagi bersama para usahawan dan penjaja sebagai platform interaksi serta perkongsian pengalaman berkaitan pembangunan perniagaan.

Antara pengurusan AIM yang hadir mengiringi lawatan Ketua Pegawai Operasi AIM, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Maklumat AIM, Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin serta Pengurus Wilayah Selangor & Kuala Lumpur Puan Eliza Mohd Noor.

#SKIMPADURIMADANI

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI