JOHOR BAHRU, 7 Jun – Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza Hassan telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026 (HPM2026) Johor Bahru yang disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta barisan ketua agensi.
Dalam majlis tersebut, tiga Sahabat AIM turut menerima penyerahan simbolik pembiayaan, iaitu Puan Siti Radziah Roslan (Pembiayaan i-Muda RM14,000), Puan Tosila Paijan (Pembiayaan i-Srikandi RM18,000) dan Puan Nor Sarina Abdul Wahab (Pembiayaan i-Srikandi RM17,000).
Dalam kesempatan yang sama, Puan Noor Aeiza turut meluangkan masa melawat gerai-gerai Sahabat Usahawan AIM Wilayah Johor bagi meninjau perkembangan perniagaan mereka serta menyatakan sokongan berterusan AIM dalam memperkasa usahawan mikro.
Penyertaan Sahabat Usahawan AIM dalam HPM2026 mencerminkan usaha berterusan AIM dalam menyediakan peluang, sokongan dan platform yang mampu membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
#HPM2026
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI