BANGSAR – Sesi libat urus antara Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Media Prima telah diadakan pada 21 Mei 2026 di Anjung Riang, Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur sebagai platform untuk mempererat hubungan kerjasama serta memperluas jaringan strategik.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, manakala delegasi PERKEP Malaysia telah diketuai oleh Datin Seri Datuk (Dr.) Hajah Munirah Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Dalam sesi berkenaan, pihak PERKEP Malaysia turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan, objektif serta peranan PERKEP dalam memperkasa kebajikan dan pembangunan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, taklimat korporat AIM telah disampaikan oleh Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat AIM yang merangkumi peranan AIM dalam memperkasa usahawan mikro serta menyediakan kemudahan pembiayaan kepada masyarakat berpendapatan rendah.
Turut hadir ialah Datuk Mohd Efendi Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM; Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM; Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM; serta Puan Lailatun Khalilah Nasir, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat & Keusahawanan AIM.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI