Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) Cawangan Muallim, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Perak berjaya menghimpunkan seramai 278 barisan pemimpin dalam kalangan Sahabat Usahawan dalam usaha memperkukuh kepimpinan, meningkatkan kecekapan operasi, memperkasa kumpulan dan Pusat serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka.

Program yang berlangsung dengan pelbagai pengisian bermanfaat itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YH. Dato’ Mohd Farid Mohamad Ali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM.

Turut hadir barisan pengurusan tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif; Encik Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan; Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi serta Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai slot antaranya Taklimat Bengkel, Slot UPNAS bertajuk “Usahawanita Penggerak Ekonomi Nasional”, Peranan dan Tanggungjawab Kepimpinan, Pelan Tindakan Cawangan serta latihan dalam kumpulan bagi memantapkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Diharap para peserta dapat melahirkan barisan kepimpinan Sahabat Usahawan yang lebih berdaya saing, progresif dan mampu menjadi penggerak ekonomi komuniti selaras dengan aspirasi Amanah Ikhtiar Malaysia.

#SKIMPADURIMADANI

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI