Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pagi tadi sempat menyantuni beberapa Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ketika beliau mengadakan Lawatan ke Pasar Tani Taman Melawati di Hulu Klang, pagi tadi.
Antara gerai Sahabat Usahawan AIM yang sempat dikunjungi ialah Sahabat Siti Irina Mohammad Idris yang menjual pelbagai kerepek; gerai Sahabat Zafikah Ramlan yang menjual kebab serta gerai Sahabat Nur Atiqah Azahar yang menjual aneka kerepek, biskut dan bahulu.
YAB Perdana Menteri selain bertanya khabar, sempat juga melihat produk dan jualan yang menjadi punca rezeki Sahabat-Sahabat Usahawan ini.
Diselitkan kata-kata semangat dan sokongan agar terus maju dalam perniagaan yang dijalankan.
Lawatan YAB Perdana Menteri ini juga turut diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Johan Mahmood Merican.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza Hassan serta Ketua Pegawai Maklumat AIM, Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin.
Semoga keprihatinan YAB Perdana Menteri ini terus memberi semangat dan kekuatan untuk Sahabat Usahawan AIM melakar lebih banyak kejayaan.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind!
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI