KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima kunjungan hormat daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) sempena pelantikan Puan Noor Aeiza Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIM, hari ini.
Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Zubir Harun, Menara AIM itu dihadiri seramai 23 ahli jawatankuasa KEPAIM yang diketuai Presidennya, Encik Mohd Radzhi Mahamud.
Turut hadir, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM serta Encik Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan AIM.
Kunjungan hormat tersebut menjadi platform perbincangan antara pihak pengurusan dan kesatuan dalam memperkukuh hubungan kerja serta membincangkan usaha penambahbaikan demi kebajikan warga kerja dan pembangunan organisasi AIM secara menyeluruh.
Pihak AIM komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama KEPAIM dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, progresif dan mampan demi kesejahteraan seluruh warga AIM.
#MalaysiaMADANI
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM