Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Momen-momen menarik sekitar Majlis Peluncuran Skim Paduri Madani AIM yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, pada hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Tambun ini turut dimeriahkan dengan showcase 20 Sahabat Usahawan AIM terpilih dari seluruh negara yang mempamerkan produk dan perniagaan melalui pembiayaan AIM.

Selain showcase dan jualan produk Sahabat Usahawan dari Cawangan Kinta/Tambun, turut diadakan Sesi Taklimat Skim Paduri Madani, Slot Usahawanita Penggerak Ekonomi Nasional, serta persembahan khas daripada Hazama.

Kami di AIM mengucapkan terima kasih kepada 1,000 Sahabat Usahawan yang hadir dan kepada semua pihak yang menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

#SkimPaduriMadani

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI