TANJUNG BIDARA — Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datuk Azman Abidin, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) Kuala Linggi yang berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka, semalam.
Kehadiran beliau disambut penuh semangat oleh Sahabat Usahawan AIM dari Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka, sekali gus menyuntik motivasi dan keyakinan kepada peserta yang hadir dalam memperkukuh peranan sebagai pemimpin di peringkat kumpulan dan komuniti.
Turut hadir pada majlis perasmian penutup ini ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza Hassan dan Ketua Pegawai Operasi AIM, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan.
Program ini menghimpunkan seramai 238 peserta terdiri daripada barisan pimpinan Sahabat Usahawan yang bertujuan memperkasa kefahaman serta keupayaan kepimpinan bagi memastikan organisasi dan kumpulan masing-masing terus kukuh dan berdaya saing.
Terdahulu pada sebelah pagi, bengkel kepimpinan asas ini telah diisi dengan pelbagai sesi pengukuhan kepimpinan termasuk slot UPNS (Usahawanita Penggerak Ekonomi Sosial) yang menekankan peranan usahawan wanita dalam memacu ekonomi komuniti selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, selain pengisian berkaitan tanggungjawab kepimpinan dalam Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan Kebangsaan (KUICK) dan Lembaga Perwakilan Sahabat.
#BKA2026
#MalaysiaMADANI
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM