PEKAN, 4 Mei 2026 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terus komited dalam memperkasa komuniti apabila menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al Mukhtar, Pekan, Pahang, dalam satu majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza Hassan, dan diterima oleh Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah selaku pengendali rumah kebajikan, dengan keberangkatan mencemar duli Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid serta pengurusan kanan AIM.
Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban kos operasi harian pusat perlindungan di samping menyokong keperluan pendidikan serta pembangunan sahsiah anak-anak yatim dan golongan asnaf.
Melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan, AIM komited dalam menyalurkan bantuan kewangan serta sokongan berterusan kepada institusi kebajikan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan AIM dalam memperkasa kesejahteraan komuniti, selari dengan usaha memperluas impak sosial kepada golongan yang memerlukan.
#MalaysiaMADANI
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM