Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

CHUPING, PERLIS, 16 April 2026 – Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), mengadakan lawatan kerja ke projek penternakan Sahabat Usahawan AIM, Puan Che Amah binti Che Mid di Kampung Kubang Batang, Chuping Mata Ayer, Perlis, hari ini.

Puan Che Amah yang menyertai AIM sejak tahun 2005 kini berjaya mengusahakan hampir 100 ekor kambing pelbagai baka termasuk Boer dan Santa Ines, selain menternak 12 ekor lembu serta 164 ekor ayam piru sebagai projek tambahan.

Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat perkembangan projek serta menyaksikan sendiri impak pembiayaan dan bimbingan AIM terhadap peningkatan taraf ekonomi Sahabat.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian turut meluangkan masa berinteraksi dan melihat sendiri pengurusan ladang yang semakin sistematik dan berdaya maju.

Pencapaian yang ditunjukkan oleh Puan Che Amah menjadi bukti keberkesanan peranan AIM dalam membimbing Sahabat Usahawan ke arah perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Turut hadir mengiringi lawatan Pengurusan Kanan AIM, Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan, Ketua Pegawai Operasi; Encik Norsharizal bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan serta Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat.

#SahabatUsahawanAIM

#AmanahIkhtiarMalaysia

#MalaysiaMADANI