Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kemeriahan Aidilfitri diraikan penuh warna bersama seluruh warga kerja ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerusi Jamuan Potluck Aidilfitri AIM yang berlangsung di Dewan Amihamzah, Aras G, Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara, pada Khamis.

Bertemakan kesederhanaan yang penuh makna, lapan gerai potluck mewakili setiap tingkat di ibu pejabat AIM dihias indah dan kreatif mengikut tema Hari Raya, mencerminkan semangat kebersamaan serta sentuhan kreativiti warga kerja.

Majlis berlangsung dari jam 11 pagi hingga 3 petang ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Shamir Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan AIM merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM; En. Mohd Najib Mohd Noor, Pengerusi Koop Sahabat; Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM; En. Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan AIM; Tn. Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM, serta barisan pengurusan tertinggi ekosistem AIM yang lain.

Pelbagai juadah istimewa hasil air tangan warga AIM dihidangkan, antaranya kambing golek, ayam golek, ketupat, lemang, rendang, char kuey teow, pasembor, laksa, kuih-muih, satay serta aneka buah-buahan yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan sorakan dan gelak tawa apabila setiap tingkat menampilkan bakat masing-masing melalui pertandingan karaoke, penghasilan video TikTok Raya serta pertandingan gerai tercantik antara tingkat.

Semoga penganjuran yang penuh makna ini terus mengukuhkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan dan mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan seluruh warga kerja AIM.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMADANI