Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

AIM beri Bakul Kasih kepada Sahabat Kepong.

Kuala Lumpur, 9 April 2020 - Seramai 200 Sahabat AIM dari Cawangan Kepong hari ini menerima sumbangan Bakul Kasih AIM.

Sumbangan yang diberi sebagai tanda prihatin AIM kepada Sahabat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 itu juga diharap dapat mengembalikan semula semangat Sahabat AIM untuk meneruskan perniagaan yang terkesan terutamanya menjelang Ramadan ini.

Majlis penyerahan sumbangan yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Rafiq yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Sungai Buloh dalam ucapannya sangat berharap agar program Bakul Kasih diteruskan secara lebih meluas untuk membantu Sahabat AIM yang terpilih.

Sementara itu, Datuk Seri Lajim turut menasihatkan Sahabat supaya jangan putus asa dan bangkit kembali meneruskan perniagaan dan kehidupan.

“AIM komited dalam membantu Sahabat untuk keluar dari garis kemiskinan dan dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya.

Majlis yang diadakan di Menara Amanah itu juga turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Abdul Aziz dan barisan pengurusan tertinggi AIM yang lain.

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatAIM

#charitywithdignity

#afeksi2021