KUALA LUMPUR, 13 April 2026 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 7 April yang lalu menerima kunjungan hormat daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik yang telah terjalin antara kedua-dua organisasi.
Sesi kunjungan ini dipengerusikan oleh En. Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat AIM, manakala delegasi INSKEN diketuai oleh Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN.
Untuk makluman, AIM dan INSKEN telah menjalinkan kerjasama strategik sejak tahun 2022 dalam usaha memperkasa pembangunan usahawan, khususnya dalam kalangan Sahabat Usahawan AIM.
Melalui kerjasama ini, pelbagai kursus dan program keusahawanan yang disediakan khusus mengikut keperluan Sahabat Usahawan telah dianjurkan bersama INSKEN, dan ia telah memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan Sahabat Usahawan AIM dalam aspek pengurusan perniagaan, pemasaran dan pengembangan bisnes.
Kunjungan ini bertujuan untuk terus mengukuhkan hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkasakan Sahabat Usahawan mengikut keperluan latihan semasa.
Diharapkan kolaborasi ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.
#SahabatUsahawanAIM #INSKEN #AmanahIkhtiarMalaysia
#MalaysiaMadani