KUALA LUMPUR, 7 April 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif AIM hari ini menerima kunjungan hormat daripada Koop Sahabat yang diketuai oleh En. Norsharizal bin Mashahrin, Bendahari Lembaga Koperasi bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi dan juga Pengurusan Koop Sahabat.
Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi pertama Koop Sahabat bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza binti Hassan, dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Dalam sesi perbincangan, pihak Koop Sahabat telah membentangkan perkembangan serta peranan mereka sebagai sebahagian daripada ekosistem AIM dalam menyokong Sahabat Usahawan AIM. AIM turut mengambil peluang untuk berkongsi pandangan, hala tuju serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan terus relevan, mampan dan memberi impak positif kepada komuniti.
AIM menghargai komitmen berterusan Koop Sahabat dalam memperkasa ekosistem keusahawanan dan percaya kerjasama erat ini akan terus diperkukuhkan demi meningkatkan kesejahteraan Sahabat Usahawan AIM secara menyeluruh.
#SahabatUsahawanAIM
#AmanahIkhtiarMalaysia #KoopSahabat
#MalaysiaMADANI