Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 6 April 2026 – Koperasi Kakitangan AIM Berhad (KKAIMB) mengadakan kunjungan hormat dan sesi taklimat pencapaian kepada Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Puan Noor Aeiza Hassan dan bertujuan untuk membentangkan prestasi serta pencapaian semasa KKAIMB dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga kerja AIM.

Puan Noor Aeiza Hassan turut berkongsi pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan KKAIMB terus berkembang dan memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada warga kerja AIM.

Taklimat ini turut memberi ruang kepada perbincangan dua hala dalam mengenal pasti peluang penambahbaikan serta memperkukuh peranan koperasi agar terus relevan dan berdaya saing.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan KKAIMB terus memberi manfaat kepada anggota serta menyumbang kepada ekosistem organisasi yang mampan.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani