Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

SRI DAMANSARA, 9 April 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza binti Hassan, hari ini telah menyempurnakan Penyampaian Sijil Kursus Induksi Kakitangan Dalaman (Batch Madani) 2025, yang berlangsung di Dewan Dato’ Amihamzah, Ibu Pejabat AIM.

Seramai 16 kakitangan AIM yang terlibat dalam Batch Madani ini telah menjalani kursus berkenaan pada November 2025, di Pusat Latihan AIM, Taiping, Perak.

Kursus Induksi ini memberi pendedahan menyeluruh kepada kakitangan baharu berkaitan persekitaran kerja, struktur operasi lapangan serta peranan AIM dalam merealisasikan misi organisasi untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah melalui penyediaan pembiayaan mikro yang efektif dan mampan.

Ia juga sebagai usaha AIM dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berintergriti.

Pihak pengurusan AIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani