16 Mac 2026 | Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Alumni UIAM, Persatuan Alumni UIAM dan Koperasi Alumni UIAM Berhad di Ibu Pejabat AIM.
Kunjungan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif ini bertujuan membincangkan dan membuka ruang kepada beberapa cadangan kerjasama strategik bagi tahun 2026 yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi komuniti, khususnya dalam kalangan wanita usahawan AIM.
AIM amat mengalu-alukan inisiatif kolaborasi seumpama ini dalam memperluaskan ekosistem keusahawanan inklusif serta memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat.
Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil delegasi Alumni UIAM iaitu Tuan Haji Khalek Awang, Puan Rafidah Mohd Arifin, Datuk Ami Rozaidi Chik Ros, En Hood Osman, Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, Puan Florence Lee dan En Vince Lee.
#AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatusahawanAIM
#MalaysiaMadani