Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkesempatan singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Lemak Saleha, milik Sahabat Usahawan AIM, Puan Saleha binti Abdullah, yang terletak di Pandan Prima.
Pada kunjungan ini, beliau sempat beramah mesra bersama Sahabat Usahawan AIM lain yang baru selesai menghadiri Mesyuarat Pusat yang diadakan di premis perniagaan milik Puan Saleha.
Sebelum itu, pada Ramadan lalu, beliau turut mengiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim melawat Restoran Nasi Lemak Saleha sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usahawan tempatan di bawah AIM.
Hadir bersama pada sesi lawatan berkenaan ialah Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pengawai Eksekutif AIM dan pengurusan kanan AIM.
#SahabatUsahawanAIM #NasiLemakSaleha #AmanahIkhtiarMalaysia
#MalaysiaMadani