Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Suraya Yaacob, Setiausaha Politik kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Malaysia di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya.

Delegasi AIM telah diketuai oleh Puan Noor Aeiza Binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM bersama Tuan Haji Jani Izwandy Bin Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM.

Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan dan melaporkan aktiviti serta peranan AIM sebagai sebuah badan amanah persendirian yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkasa komuniti berpendapatan rendah melalui program pembiayaan mikro dan pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh AIM.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan pembangunan negara.

#AmanahIkhtiarMalaysia 
#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani