Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menganjurkan Program Penghayatan Sahsiah Ramadan 2026M/1447H Peringkat Ibu Pejabat sebagai pengisian rohani buat warga kerja AIM sepanjang bulan Ramadan.

Program dimulakan dengan tadarus Al-Quran yang dilaksanakan di pejabat masing-masing, diikuti Majlis Khatam Al-Quran sebagai simbolik penghayatan Ramadan dalam kalangan kakitangan.

Majlis turut diserikan dengan Tazkirah Ramadan bertajuk “Keistimewaan Malam Lailatul Qadar” yang disampaikan oleh Ustaz Safwan Idris, bagi memberi pengisian ilmu serta memperkukuh nilai sahsiah dan keimanan dalam kalangan warga kerja AIM.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan AIM Encik Norsharizal bin Mashahrin, bersama barisan pengurusan kanan dan warga kerja AIM.

Program ini mencerminkan komitmen AIM dalam memupuk nilai kerohanian, memperkukuh sahsiah serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan kakitangan.

#AmanahIkhtiarMalaysia 
#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani