Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menganjurkan Majlis Sinar Ramadan & Iftar Jama’ie Parlimen Bandar Tun Razak Bersama AIM yang berlangsung di Pekarangan Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras.

Program ini menghimpunkan warga AIM, komuniti setempat serta golongan asnaf dan anak yatim dalam suasana penuh keberkatan sempena bulan Ramadan.

Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Turut hadir ialah Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM serta Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM.

Selain itu, majlis turut menerima kehadiran YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri yang turut bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada 300 golongan asnaf.

Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak AIM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Majlis yang disertai seramai hampir 300 warga kerja AIM ini adalah tanda ukhuwah dan kebersamaan yang terus dipupuk dalam kalangan warga kerja agar sentiasa bersikap prihatin dan peduli pada golongan yang memerlukan.

Kesemua warga kerja dan jemputan yang diraikan serta 150 kariah masjid turut menikmati pelbagai juadah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen AIM dalam memupuk nilai keinsanan, memperkukuh ukhuwah serta menyantuni masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi untuk terus memperkasa komuniti melalui pendekatan kebajikan dan pembangunan sosial.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani