Eratkan hubungan melalui Program Santai Riang Ria
Kuala Lumpur, 1 April – Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Blok Selayang Baru 19/20 hari ini mengambil inisiatif menganjurkan Program Santai Riang Ria sebagai satu cara mengeratkan lagi hubungan sesama Sahabat.
Menurut Ketua Blok, Puan Nor Zaidah Baharom, Program yang diadakan di Ulu Yam, Selangor hari ini, walaupun sederhana tetap meriah kerana mereka dapat meluangkan masa bersama pihak pengurusan tertinggi AIM di samping melakukan aktiviti santai, seperti jamuan makan secara juadah bawaan dan cabutan bertuah.
Walaupun terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan, namun aktiviti ini dilihat sangat bermanfaat dan dapat menguatkan ukhuwah diantara Sahabat dan pihak Pengurusan AIM.
Hadir sama memeriahkan program santai ini ialah Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan Kesejahteraan, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin dan Pengarah Bahagian Keusahawanan, Mohd Efendi Omar.
Semoga lebih banyak program seperti ini diadakan pada masa-masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatAIM
#charitywithdignity
#afeksi2021