Hari ini, AIM berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi daripada Pasukan Penyelidikan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Kuliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai Prof. TPr. Dr. M. Zainora binti Asmawi.
Perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Puan Noor Aeiza Hassan menumpukan perbincangan strategik tentang inisiatif kajian ilmiah yang dirangka untuk memperkasakan komuniti Sahabat usahawan AIM.
Perjumpaan ini juga menegaskan komitmen kedua-dua pihak untuk meneruskan kesinambungan kerjasama antara AIM dan pasukan penyelidik UIAM, termasuk rancangan jangka panjang bagi projek bersama, perkongsian data, dan kegiatan bengkel serta latihan untuk merealisasikan impak di lapangan.
Terima kasih kepada Prof. Zainora dan pasukan UIAM atas perkongsian ilmu dan komitmen membina ekosistem keusahawanan berasaskan bukti dan menjadikan AIM sebagai model bukti nyata keberkesanan pendekatan pembangunan berasaskan komuniti.
#AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatusahawanAIM
#MalaysiaMadani