Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Sahabat di Beaufort terima sumbangan Bakul Kasih

 

BEAUFORT - Program Bakul Kasih AIM terus menyantuni Sahabat di Sabah.

 

Selepas 150 Sahabat di Kuala Penyu menerima sumbangan pagi tadi, pada sebelah petangnya, 150 lagi Sahabat di Beaufort turut mendapat bantuan bekalan makanan asas yang sama.

 

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, majlis yang diadakan  di Dewan Residen Majlis Daerah Beaufort ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klias, merangkap Pembantu Menteri Kewangan Dua, YB Datuk Isnin Aliasnih. 

 

Hadir sama pada majlis ringkas dan mengikut SOP ini ialah Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM dan barisan pengurusan tertinggi AIM. 

 

Selepas mengadakan program di Kedah, Perak, Johor, program Bakul Kasih yang memberi tumpuan kepada Sahabat yang terkesan teruk akibat pandemik Covid -19 ini, akan diadakan di Muar, Pahang dan juga Kelantan. 

 

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat memberi manfaat kepada Sahabat untuk mengharungi hari yang mendatang. 

 

#amanahikhtiarmalaysia 

#SahabatAIM

#Afeksi2021

#bakulkasihAIM