Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza Hassan, menyeru seluruh kakitangan AIM agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan (teamwork) bagi memastikan kejayaan yang sama dapat diraih pada tahun 2026.

 

Berucap pada Sesi Town Hall Bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIM yang diadakan di Dewan Dato’ Amihamzah, Ibu Pejabat AIM, beliau turut mengingatkan agar setiap kakitangan menitikberatkan tatakelola yang cekap dan berintegriti serta melaksanakan penyeliaan rapi secara berperingkat dengan lebih baik, telus dan jujur.

 

Dengan menetapkan sasaran PAR pada paras sifar peratus (0%) tanpa sebarang masalah akaun (juga 0%), beliau mengajak semua kakitangan untuk bergerak seiring supaya matlamat yang sama dapat dicapai dengan cemerlang.

 

Sesi Town Hall bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIM ini merupakan yang pertama diadakan sejak beliau dilantik sebagai KPE AIM yang baharu pada bulan lalu. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Kewangan, Encik Norsharizal bin Mashahrin; Ketua Pegawai Maklumat, Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin; Pengarah-pengarah Bahagian; Pengurusan Kanan; serta kakitangan Ibu Pejabat AIM.

 

Turut diadakan sesi soal jawab berkenaan permasalahan kakitangan, cadangan serta perkongsian pandangan.

 

Semoga AIM terus melakar kejayaan yang cemerlang di bawah pimpinan KPE yang baharu

 

#AmanahIkhtiarMalaysia
>#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani