Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pengerusi kami, YBhg. Datuk Seri Syed Hussian bin Syed Junid memenuhi jemputan Istana Negara ke Majlis Berbuka Puasa pada 25 Februari 2026 bersamaan 7 Ramadan 1447H bersama PMX, barisan Kabinet, perwakilan asing, pegawai kanan Kerajaan dan kenamaan lain yang berlangsung dalam suasana yang sungguh harmoni dan bermakna sekali.

YBhg. Datuk Seri Syed Hussian juga turut berkesempatan menyantuni Perdana Menteri serta kenamaan lain.

Kami di Amanah Ikhtiar Malaysia merafak sembah dan penuh takzim menzahirkan rasa bertuah di atas penghormatan yang diberikan kepada Pengerusi Lembaga kami.

ALLAH PELIHARA TUANKU

#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani