Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Mesyuarat Tindakan Amanah Ikhtiar Malaysia (MATA) Bil. 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan menetapkan hala tuju serta gerak kerja bagi memastikan prestasi AIM kekal pada kedudukan 0 PAR.

Mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia kali ini melibatkan 11 wilayah dan dihadiri oleh 117 cawangan dari seluruh negara ini diadakan selama tiga hari berturut-turut bagi membolehkan semua pihak di peringkat ibu pejabat dan lapangan membincangkan hala tuju organisasi, termasuk permasalahan serta cabaran yang dijangka dihadapi sepanjang tahun 2026.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), di mana ahli mesyuarat telah dibentangkan dengan pencapaian tahun 2025 serta perancangan tahun 2026 bagi setiap bahagian di ibu pejabat.

KPE juga turut menyampaikan mandat serta hala tuju keseluruhan AIM dengan penekanan terhadap kecekapan operasi, peratusan PAR, pemantauan berperingkat serta semangat teamwork yang padu.

Turut hadir ialah En. Norshahrizal Masahrin, Ketua Pegawai Kewangan; Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Operasi; En. Mohammad Zulkahizam Mohd Zuldin, Ketua Pegawai Maklumat serta barisan pengurusan kanan AIM.

Semoga AIM terus cemerlang dalam usaha mengangkat komuniti usahawan B40 ke tahap yang lebih baik.

#AmanahIkhtiarMalaysia


#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani