AIM hulur sumbangan buat Puan Nurul
Cheras - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini menghulurkan sumbangan berupa pelbagai keperluan barang makanan kepada keluarga Sahabat, Puan Nurul Hazwani Zulkepli. Disampaikan oleh Puan Rozita Mohamad yang juga merupakan Pengarah Bahagian Pembiayaan, Perancangan dan Bajet, dengan diringi oleh Hajah Ezatul Shareen Hamim, Pengurus Besar Unit Perancangan Bajet & Risiko.
Puan Nurul juga menerima sedikit sumbangan wang bagi meringankan beban yang ditanggung.
Selain memiliki tiga anak yang normal, Puan Nurul juga memiliki seorang anak OKU, Nasrin Afdalina, 8 tahun.
Beliau merupakan Sahabat dari Pusat Ya Syahidah, Cheras. Puan Nurul kini menjadi dropship dan menjual pelbagai produk termasuk pelitup muka, kek, cadar, karpet dan lain-lain yang boleh menjana pendapatan.
Nasrin memang dilahirkan OKU sejak lahir. Malah anak kecik ini juga tidak boleh bercakap, makan atau minum seperti biasa. Dan hidupnya kini terpaksa bergantung dengan susu yang perlu diambil setiap tiga jam sekali.
Suami Sahabat yang dahulunya bekerja sebagai pemandu, terpaksa bertukar kerja dan kini bekerja di tempat cuci kereta yang berdekatan kediaman mereka.
Pada masa kini, Puan Nurul terpaksa menumpang di rumah ibunya di Cheras memandangkan permohonan beliau untuk memiliki rumah sendiri dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum menerima jawapan positif.
Sesungguhnya, manusia ada kisah hidup masing-masing. Sebagai hamba Allah kita perlu redha dan berusaha menerima segala ujian dengan penuh kesabaran.
Semoga Puan Nurul tabah dalam mengharungi dugaan ini. Kami di AIM mendoakan semoga ada sinar buat Puan Nurul sekelurga.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatAIM
#charitywithdignity
#afeksi2021