KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 - Majlis Peluncuran Jana MyPesara menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkasa golongan pesara melalui akses pembiayaan mikro yang lebih inklusif.
Program kerjasama strategik antara Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa Jana MyPesara menyasarkan penyertaan seramai 3,000 pesara bagi fasa projek rintis, dengan matlamat membantu mereka menjana pendapatan serta mengukuhkan daya tahan kewangan sepanjang tempoh persaraan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed turut menegaskan bahawa pesara sektor awam telah menyumbang khidmat bakti yang besar kepada negara dan ramai dalam kalangan mereka masih berhasrat untuk terus berdikari.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah; Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan); Tn. Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi); serta Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat).
Program kerjasama antara KWAP dan AIM ini menyasarkan 3,000 pesara bagi fasa projek rintis, dengan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM30,000 berserta bimbingan dan pemantauan perniagaan.
#MyPesara #KWAP #AIM
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
MalaysiaMadani