Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ AIM ANGKAT NILAI KEROHANIAN WARGA KERJA

Sri Damansara, 19 Januari 2026 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1447H bertempat di Dewan Amihamzah, Aras G, Ibu Pejabat AIM dengan tema “Mengangkat Martabat Diri Melalui Ibrah Israk Mikraj”.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu bertujuan menyemai penghayatan nilai kerohanian serta memperkukuh sahsiah dan integriti dalam kalangan warga kerja AIM.

Program ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi AIM iaitu Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) dan  Tn Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) serta warga kerja Amanah Ikhtiar Malaysia di Ibu Pejabat, Wilayah dan Cawangan yang mengikuti pengisian program secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas Israk Mikraj yang disampaikan oleh Da’i Hadhari, yang menekankan kepentingan menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai sumber inspirasi dalam meningkatkan martabat diri serta keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan nilai spiritual.

AIM komited untuk terus menganjurkan program berunsur kerohanian sebagai usaha membentuk budaya kerja yang berteraskan nilai amanah, ihsan dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi organisasi.

#IsrakMikraj
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani