Sahabat Kuala Penyu, Sabah Terima Sumbangan Makanan Asas
KUALA PENYU - Seramai 150 orang Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kuala Penyu, Sabah, hari ini menerima sumbangan Bakul Kasih.
Majlis serahan sumbangan Bakul Kasih ini diadakan di Dewan Kampung Melampai, Kuala Penyu dan dirasmikan oleh ADUN Kuala Penyu Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya, YB Datuk Limus Jury.
Hadir sama pada majlis ringkas dan mengikut SOP ini, ialah Pengerusi Eksekutif AIM, YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM dan barisan pengurusan tertinggi AIM.
Sumbangan Bakul Kasih ini bertujuan membantu menampung keperluan Sahabat yang memerlukan dan meringankan beban mereka yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.
Sebelum ini, sumbangan Bakul Kasih juga telah diadakan di Beaufort, Baling, Alor Setar, Slim River, Tanjung Malim, Kota Marudu, Batu Pahat dan beberapa kawasan lagi.
Dalam pada itu, program Bakul Kasih ini akan diteruskan ke seluruh negara bagi memberi manfaat dan menyalurkan bantuan secara terus kepada Sahabat. Ucapan terima kasih kepada semua tetamu kehormat dan kepada pihak berkuasa yang telah membantu untuk memastikan majlis ini berjalan lancar.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatAIM
#Afeksi2021
#bakulkasihAIM