Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2026 – YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah Parlimen Bandar Tun Razak yang berlangsung di Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz, Pengarah Urusan; Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan); dan Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat), bersama barisan pemimpin setempat serta ibu bapa dan penjaga penerima bantuan

Seramai 600 orang pelajar sekolah rendah dan menengah menerima baucar persekolahan bernilai RM150 seorang bagi membantu perbelanjaan keperluan persekolahan menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu. Penerima terdiri daripada anak-anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta pelajar daripada komuniti setempat di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.

Inisiatif sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM90,000 ini mencerminkan komitmen berterusan AIM dalam menyokong agenda pendidikan sebagai asas penting dalam usaha memutuskan rantaian kemiskinan dan memperkukuh pembangunan insan dalam komuniti bandar.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#KembaliKeSekolah

#AIM