Kuala Lumpur, 18 Disember 2025 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menerima kunjungan 12 delegasi daripada National Bank of Ethiopia yang diketuai oleh Mr. Frezer Ayalew Mohammed, Director, Banking Supervision.
Delegasi turut disertai oleh Mr. Temeliso Abebe Tegegne, Director, Credit Reference & Movable Collateral Registry dan Mr. Muhidin Shifa Shikur, Director, Financial Consumer Protection and Financial Education.
Ketibaan mereka disambut oleh barisan pengurusan AIM yang diketuai oleh Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan Korporat & Keusahawanan, bersama Puan Hajah Ezatul Shareen Hamim, Pengarah Operasi Semenanjung serta Encik Zubairi Mohd Fadzil, Pengarah Perkhidmatan Pembiayaan.
Pada sesi penerangan mengenai operasi Amanah Ikhtiar Malaysia, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan amalan kewangan mikro dan pemerkasaan usahawan secara mampan, di samping membuka potensi kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatusahawanAIM
#Delegasi
#NationalBankofEthiopia
#usahawanmikro
#AIM
#MalaysiaMadani