Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

LAWATAN KERJA ADFIM & WAKIL BANK OF GHANA KE AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2025 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Pertubuhan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFiM) bersama wakil Bank of Ghana (BoG) bertempat di Ibu Pejabat AIM semalam.

Delegasi lawatan turut diberi taklimat berkaitan peranan dan inisiatif AIM yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan dan Korporat), Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin.

Delegasi Bank of Ghana diketuai oleh Messrs Owusu Ankoma, Assistant Director (Head of Examinations), dan Emmanuel Opoku Fordjour, Policy Officer.

Sesi lawatan turut merangkumi pembentangan operasi, sesi soal jawab serta lawatan lapangan ke premis Sahabat Usahawan AIM di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta memahami model operasi AIM dalam memperkasa usahawan mikro melalui pembiayaan berteraskan pembangunan sosioekonomi.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka ruang perkongsian ilmu dalam memperkasa sektor microfinance dan pembangunan usahawan di peringkat global.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatusahawanAIM

#ADFIM

#BankofGhana

#usahawanmikro

#AIM

#NasiLemakSaleha

#MalaysiaMadani