Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

PULAU PINANG, 14 Disember 2025 - Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow hari ini (Ahad), hadir merasmikan program Paduri Madani - Pemerkasaan Usahawan Wanita Pulau Pinang.

Program kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia dengan Central Muslim Society (CMS), yang menghimpunkan seramai 300 usahawan wanita dan mereka yang berminat menjadi usahawan itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), YBhg. Dato' Mohamed Shamir Aziz dan Presiden CMS, Tuan Haji Mohamed Hasan Othuman.

Hadir sama ialah pengurusan kanan AIM Tn Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan Operasi AIM, Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan Kewangan AIM, Zulkahizam Muhamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan Komunikasi & Keusahawanan AIM dan presiden-presiden persatuan CMS, Puan Zafrina Ismail, Ketua Wanita CMS & Prof. Madya Dr. Sheik Abdullah Hassan Mydin, Setiausaha Kehormat CMS.

Antara pengisian program sehari yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang ini ialah slot ceramah dan perkongsian berkaitan pemerkasaan wanita dalam dunia perniagaan, pengurusan kewangan serta pengenalan peranan Amanah Ikhtiar Malaysia kepada para peserta.

Program lebih menarik apabila Pengasas AIM, Prof Dato' Sukor Kasim, berkongsi taklimat mengenai AIM, bagaimana ia bermula dan apa yang AIM boleh bantu wanita menjadi usahawan berjaya.

Manakala pada sesi Forum Memperkasa Usahawan Wanita Pulau Pinang, ramai peserta turut bertanyakan pelbagai soalan untuk menjadi Sahabat Usahawan AIM dan skim baharu Paduri Madani.

Kepada semua peserta yang hadir, tahniah diucapkan dan tahniah kepada wanita Pulau Pinang yang berpeluang lebih awal menyertai skim Paduri Madani yang mensasarkan penyertaan lebih ramai Sahabat baharu menjelang 2026.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#PaduriMadani

#SahabatusahawanAIM

#usahawanwanita

#usahawanmikro

#AIM

#MalaysiaMadani