Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Batu Pahat terima Bakul Kasih.
Batu Pahat – Seramai 1,000 orang Sahabat AIM di Batu Pahat, hari ini telah menerima sumbangan Bakul Kasih.
Majlis serahan sumbangan Bakul Kasih ini diadakan di Pusat Komuniti Kg Sungai Suloh, Batu Pahat dan dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif AIM, YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.
Hadir sama pada majlis ringkas dan mengikut SOP ini, ialah YB Tuan Syed Mohamad Syed Alwi, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib bin Haji Mohd Noor dan barisan pengurusan AIM.
Bakul Kasih merupakan program sumbangan berupa barangan makanan asas yang mengandungi beras, gula, tepung, bihun, sardin tin, minyak masak dan telur.
Sumbangan Bakul Kasih ini bertujuan membantu menampung keperluan Sahabat yang memerlukan dan meringankan beban mereka yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.
Sebelum ini, sumbangan Bakul Kasih juga telah diadakan di Beaufort, Baling, Alor Setar, Slim River, Tanjung Malim, Kota Marudu dan beberapa kawasan lagi.
Program ini akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini. AIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kehormat yang sudi hadir, kepada pihak berkuasa yang membantu dan semua yang telah memastikan majlis ini berjalan lancar.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatAIM
#Afeksi2021
#bakulkasihAIM