KUALA LUMPUR - Puan Manjula Subramaniam dari NHAVIN Enterprise, Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Taiping, Perak mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Leadership Excellence in 3R Services sempena International Business Icon Awards (IBIA) 2025 yang berlangsung penuh gemilang pada 4 Disember lalu.
Anugerah IBIA 2025 yang mengiktiraf kejayaan usahawan India dalam pelbagai bidang ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Anbumani Balan Setiausaha Sulit Kanan yang mewakili Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Anugerah kepada Puan Manjula adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang beliau dalam sektor 3R (Reduce, Reuse, Recycle) menerusi perniagaan kitar semula yang dijalankan.
Tahniah diucapkan kepada Puan Manjula atas pencapaian luar biasa ini. Semoga anugerah berprestij ini memberi lebih semangat dan inspirasi kepada Sahabat Usahawan AIM lain untuk terus melakar kecemerlangan dalam komuniti masing-masing.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#usahawanwanita
#PENN
#SahabatusahawanAIM
#AnugerahIBIA
#MalaysiaMadani