Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Sri Damansara, 15 November 2025 – Program Finance Summit 2025 anjuran IFSA, Universiti Islam Antarabangsa berakhir dengan penuh cemerlang apabila majlis penutup disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program selama tiga hari yang menghimpunkan lebih 200 pelajar-pelajar dalam bidang kewangan dari pelbagai universiti ini berjaya mencapai objektif terutamanya dalam pelbagai isu yang membabitkan cabaran dunia kewangan mikro pada hari ini.

Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai penaja utama program ini amat menyokong usaha pelajar-pelajar ini yang pastinya akan membawa banyak kebaikan untuk masa hadapan industri kewangan negara.

Selain ucapan perasmian Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah yang penuh nasihat dan harapan kepada peserta, YBhg Dato' Mohamed Shamir Aziz selaku Pengarah Urusan AIM turut berkongsi matlamat dan mengapa AIM berjaya sebagai sebuat institusi kewangan mikro di negara ini.

Beliau juga mengingatkan peserta yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan supaya dapat kembali menyumbang bakti terhadap komuniti yang memerlukan.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; YBhg Datuk Seti Dr Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga AIM, YBhg. Prof. Dr. Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Timbalan Rektor (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan) UIA.

Majlis berkenaan turut disampaikan sumbangan komputer riba kepada anak-anak Sahabat Usahawan AIM yang sedang belajar di UIA.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#AIM

#IIUMFinanceSummit2025

#SahabatusahawanAIM

#MalaysiaMadani