Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut serta memeriahkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025, anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) AIM, Encik Norsharizal Mashahrin, yang menyertai acara Fun Run bersama Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud — mencerminkan semangat kesatuan, kesihatan dan kebersamaan antara warga KUSKOP dan agensi di bawahnya.
Dalam Segmen Seminar Keusahawanan, AIM turut menampilkan perkongsian inspirasi daripada Sahabat Usahawan AIM yang berjaya, yang membuktikan bahawa dengan bimbingan dan pembiayaan mikro yang berterusan, ramai usahawan mampu melonjak ke tahap lebih tinggi dan menjadi contoh kejayaan komuniti MADANI.
AIM terus komited memperkasa usahawan kecil, menggerakkan semangat keusahawanan dan membina ekonomi rakyat berasaskan nilai MADANI.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#HPPK2025
#KUSKOP
#AIMPahang
#MalaysiaMadani
#UsahawanBerjaya