Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kota Kinabalu – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan hari ini hadir meraikan lebih 300 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Inanam.

Majlis Aspirasi Madani Sahabat Usahawan AIM Inanam itu diadakan bagi menghargai pencapaian Sahabat-Sahabat Usahawan dari kawasan berkenaan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perniagaan masing-masing.

Hadir bersama beliau ialah Pengarah Urusan AIM, Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz; Setiausaha Politik kepada Menteri KUSKOP, Carl Douglas; Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan), Norsharizal Mashahrin; Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), Tn. Hj. Jani Che Jan; Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan dan Korporat), Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin; serta Pengurusan Kanan, Pengurus Wilayah dan kakitangan Wilayah Sabah.

Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Sahabat Setia, Anugerah Sahabat Berjaya, Anugerah OE Pusat Tertinggi dan Anugerah CMCCS Pusat Tertinggi.

Ramanan turut menyampaikan cek cura pembiayaan kepada Sahabat Inanam yang berjumlah RM3.7 juta.

Dato’ Shamir dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sahabat Usahawan AIM seluruh Sabah yang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dengan kadar PAR sifar peratus (0%).

Sementara itu, Ramanan dalam ucapannya turut menghargai usaha AIM dalam memajukan industri mikro di negara ini.

Ramanan juga melakukan walkabout ke booth-booth jualan produk Sahabat yang menjual pelbagai produk keluaran masing-masing.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#AIM

#WanitaHebat

#MalaysiaMadani

#UsahawanWanita

#microfinance

#awardwinning

#WomenEmpowerment