Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Terima Kejutan

Bandar Sri Damansara- Puan Fadzlina Jaffar hari ini menerima kejutan daripada Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz yang menghadiahkan beliau sebuah kereta Proton Exora. 

Kereta berkenaan merupakan sumbangan peribadi dari Shamir Aziz untuk kegunaan Puan Fadzlina selain dapat memudahkan urusan sehariannya. Ibu tunggal yang memiliki seramai 7 orang anak ini merupakan Sahabat AIM dari cawangan Kepong. Hilang punca pendapatan setelah kematian suaminya dan tidak dapat menjalankan perniagaan. 

Sebelum ini pada Khamis, 4 Mac 2021, Shamir Aziz dan pihak pengurusan AIM telah menziarahi keluarga ini untuk melihat sendiri keadaan dan kesusahan yang dihadapi Puan Fadzlina sekeluarga. 

Kehadiran Shamir Aziz yang tidak disangka itu sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan pada Puan Fadzlina apabila beberapa masalah yang sedang dialami telah mendapat perhatian serius dan akan diambil tindakan selanjutnya oleh pihak AIM. 

Dalam pada itu, Puan Fadzlina menyatakan rasa syukur dengan pemberian yang diberi dan tidak menyangka menerima kejutan sebuah kereta. 

AIM mendoakan semoga Puan Fadzlina sekeluarga tabah dan diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan yang penuh dengan dugaan ini. Semoga dengan pemberian daripada saudara Shamir Aziz ini dapat memudahkan urusan harian. 

#amanahikhtiarmalaysia
#sahabataim
#charitywithdignity
#afeksi2021