Santai Petang KUBTR Bersama Tok Man Raikan Sahabat Usahawan AIM
KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025 – Program Santai Petang Kelab Usahanita Bandar Tun Razak (KUBTR) Bersama Tok Man yang diadakan di Hotel Komune Living & Wellness berlangsung penuh mesra dan bermakna dengan kehadiran Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri merangkap Penaung KUBTR YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, yang menyampaikan ucapan serta beramah mesra bersama para usahawan wanita.
Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan KUBTR dan hadiah pemenang Pertandingan Video Merdeka, bagi mengiktiraf usaha serta semangat keusahawanan sahabat-sahabat yang cemerlang di bawah bimbingan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Turut hadir pengurusan tertinggi AIM Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM En. Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) En. Norsharizal bin Mashahrin, dan Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Tn. Haji Jani Izwandy bin Che Jan.
Program ini menjadi wadah menghargai semangat dan kejayaan usahawan wanita di bawah bimbingan AIM dalam memperkukuh ekonomi komuniti setempat.
#SahabatUsahawan #MalaysiaMadani #WomenInBusiness #UsahawanWanita
#microfinance #awardwinning #WomenEmpowerment
#AmanahIkhtiarMalaysia