Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Sungai Buloh, 5 Oktober 2025 – Bagi menyemarakkan sambutan Deepavali tahun ini, YB Dato’ Seri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyalurkan 16,600 Bakul Kasih kepada komuniti India yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Bakul Kasih yang diagihkan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung muruku, serbuk kari dan pelbagai bahan makanan tradisi Deepavali.

Majlis simbolik penyerahan diadakan di Parlimen Sungai Buloh, melibatkan 50 penerima, diikuti upacara ‘flag-off’ lapan lori membawa sumbangan ke destinasi seluruh negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) AIM, En. Norsharizal Mashahrin.

Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir menyambut perayaan utama masyarakat India.

#DeepavaliMadani #BakulKasih #RamananRamakrishnan #SahabatUsahawan

#MalaysiaMadani

#WomenInBusiness #Motivasi

#microfinance #awardwinning #WomenEmpowerment