Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), YBhg. Dato’ Shamir Aziz, hari ini (Selasa) menerima kunjungan daripada Presiden SENIMAN Malaysia, Saudara Zed Zaidi.
Kunjungan berkenaan bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara.
Zed Zaidi, yang juga Pengerusi Briged Seni Kreatif serta Ahli Perbadanan FINAS, turut berpeluang membincangkan peranan media dalam organisasi dan program keusahawanan bagi membantu Sahabat Usahawan AIM pada masa akan datang.
Semoga hubungan erat dan kerjasama yang baik ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI